Twitter
Facebook

Natasha Hudson sudah bertudung

natasha hudson di abpbh 2011 bertudung
Semakin hari semakin ramai artis wanita kita yeng berhijrah.. Bagi MyGosip ini satu perkembangan yang positif terhadap dunia hiburan kita.. terbaru Natasha Hudson juga dikatakan telah mula bertudung, Menurut Natasha Hudson sendiri, Beliau bertudung bukanya atas desakan sesiapa, tetapi keputusan dibuat oleh dia sendiri ketika berada di Tanah Suci Mekah semasa Natasha mengerjakan Umrah sebelum ini…

Tambah Natasha Hudson lagi, ramai yang terkejut dengan perubahan bertudung dirinya termasuk ahli keluarga, tetapi mereka semua amat gembira dan memberi sokongkan kepada Natasha.. malah, bakal suami Natasha Hudson, Carleed juga turut gembira dengan perubahan ini..

Natasha Hudson juga akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, Bagi Natasha imej bertudung bukan satu masaalah besar untuk dia meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon dan penyanyi..

“Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh,” ujar Natasha Hudson dalam nada gembira.

Apa-apa pun jom kita tengok gambar Natasha Hudson di ABPBH 2011 semalam dengan imej bertudungnya kat bawah ni… Tampak lebih anggun kan..

natasha hudson di abpbh 2011 dengan imej bertudung

natasha hudson di abpbh 2011 dengan imej bertudung




Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

CopyRight 2011 - Indonesia-Ku.com

73 queries. 0.252 seconds.