Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz di ABP2011?

zed zaidi di abpbh
Walaupun Aaron Aziz sudah ditabalkan Bintang Paling Popular ABP2011, Namun masih ramai yang tidak berpuas hati rupanya.. Ini termasuklah dengan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.. Melalui account twitternya, Zed Zaidi semalam meluahkan rasa ketidak puasan hatinya mengenai kemenangan Aaron Aziz yang merupakan rakyat Singapore.. Malah Zed Zaidi berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mengalakan artis luar merosakan industri seni di Malaysia…

“AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakan artis luar merosakan industri seni!”

Bagi MyGosip, ada betul dan ada salahnya juga kenyataan Zed Zaidi tu.. MyGosip juga akan turut berbangga jika rakyat Malaysia yang menang, tapi sudah adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah.. Tapi MyGosip tidak nampak dimana silapnya sehingga artis luar boleh merosakan industri seni kita.. Ini kerana Aaron Aziz berlakon untuk filem kita bukanya untuk filem luar.. sedikit sebanyak Aaron Aziz mampu membawa filem kita setapak kehadapan.. Seharusnya artis-artis di Malaysia belajar dimana silapnya sehingga artis luar boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Malaysia dan bukanya hanya mengkritik di account twitter dan berharap semuanya akan berubah..

Pihak Gua yang mendapatkan kenyataan Zed Zaidi itu mengatakan yang kenyataannya di Twitter itu bersifat umum dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak.. Zed Zaidi juga tidak sesekali mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, tetapi zed Zaidi cuma meluahkan apa yang terbuku dihatinya sebagai rakyat Malaysia…

“Zed cuma meluahkan perasaan yang terbuku di hati Zed sebagai rakyat Malaysia. Tidak terniat langsung untuk mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz kerana dia dah pun menang. Lagipun, tak dinafikan lakonan Aaron memang bagus dan peminat dia ramai.

“Cuma Zed terpanggil untuk bersuara atas tanggungjawab Zed sebagai Timbalan Presiden Seniman dan Ketua Biro Seniman Muda di mana Zed bersuara apabila ada artis Malaysia yang bersuara pada Zed. Ini anugerah artis Malaysia jadi kenapa kita nak membanggakan artis luar. Jika nak, ciptalah satu anugerah untuk Artis Luar Popular.

“Sekali lagi Zed nak tegaskan, Zed tidak mempertikaikan kemenangan Aaron, tapi Zed mempertikaikan mana hak-hak artis Malaysia. Zed tak mahu artis kita dipinggirkan di negara sendiri. Bagi Zed, artis kita sendiri yang patut didahulukan. Zed tak kisah apa orang nak cakap sebab masalah artis bukan mereka tahu pun. Zed bersedia dikritik, walaupun pahit, terpaksa ditelan,” (Gua)

Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz di ABP2011

zed zaidi tidak berpuas hati


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

CopyRight 2011 - Indonesia-Ku.com

78 queries. 0.436 seconds.