Permohonan penduduk tetap Aaron Aziz Sudah Diluluskan

Permohonan penduduk tetap Aaron Aziz Sudah Diluluskan
Akhirnya Aaron Aziz telah mengesahkan yang permohonan untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia sudahpun diluluskan oleh kerajaan Malaysia.. Kini Aaron Aziz adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berstatuskan penduduk tetap (PR).. Tapi menurut Aaron Aziz permohonanya telah diluluskan cuma Aaron sedang menunggu kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR) siap untuk diambil…

“Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil”

Tambah Aaron Aziz lagi, beliau selama ini menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan mengenai hal ini dan beliau akan mengambil kad MyPR dalam masa terdekat ini…

MyGosip rasa sekarang memang masa yang paling sesuai Aaron Aziz mengumumkan pengesahan ini setelah kemenangannya dalam ABPBH sebelum ini dipersoalkan kerana isu kenegaraan..

MyGosip harap status penduduk tetap yang dimiliki oleh Aaron Aziz ni sedikit sebanyak dapat mengubat ketidakpuasan hati beberapa artis Malaysia yang mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz sebelum ini…

UPDATE:.
Akibat salah tafsiran pihak media, Aaron Aziz menafikan permohonannya sudah diluluskan melalui berita harian hari ini..

“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ katanya dihubungi Berita Harian, semalam.

Jadi buat masa sekarang permohonan Aaron Aziz masih lagi didalam proses pihak berkuasa.. MyGosip harap permohonan Aaron Aziz tu akan diluluskan secepat yang mungkin…


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

CopyRight 2011 - Indonesia-Ku.com

78 queries. 0.395 seconds.